Wednesday, February 18, 2026

Keutamaan Membaca Al Fatihah Di Dalam Solat

Abu Hurairah RA berkata,"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman, "Aku membahagi solat antara Aku dengan hambaKu dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia pinta.  



Apabila seorang hamba berkata, Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, maka Allah berkata,"HambaKu memujiKu".

Apabila hamba tersebut mengucapkan, "Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Allah berlata,"HambaKu memujiKu.

Apabila hamba tersebut mengucapkan, Pemilik hari pembalasan, Allah berkata,"HambaKu memujiKu".

Seterusnya Dia berfirman,"HambaKu menyerahkan urusanNya kepadaKu.

Apabila hamba tersebut mengucapkan, "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan".  Allah berkata, "Ini adalah antara Aku dengan hambaKu. Dan hambaKu memdapatkan sesuatu yang dia minta.

Apabila hamba tersebut mengucapkan, "Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.  Allah berkata, "Ini untuk hambaKu dan hambaKu mendapatkan apa yang dia minta.

~ Hadis Riwayat Muslim ~

@richgold69
@gengtahajjud769
@rizqlegacy

Keutamaan Membaca Al Fatihah Di Dalam Solat

Abu Hurairah RA berkata,"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman, "Aku membahagi solat antara Aku deng...