1↪ Tuntulah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga & membuat kamu cemerlang dunia & akhirat.
2↪ Perbanyak menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3↪ Pilih makanan halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4↪ Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar. Bala & musibah menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang Allah swt.
5↪ Apabila salah seorang di antara kaum kerabat @ jiran & saudaramu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat & dicintai Allah swt.
6↪ Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Hindarilah supaya kamu dapat menewaskan syaitan & bala tenteranya.
7↪ Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim & beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi & mengasihi anak-anak yatim.
8↪ Berbuat baik & tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih & lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan umur, menambah rezeki & keampunan atas dosa-dosa.
9↪ Banyakkan amal soleh kerana ia pendinding & perisai orang mukmin serta pelindung serangan iblis.
10↪Taqwa adalah pakain kebesaran & hiasan akhlak muslim sebenar.
11↪Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan. Bagi menguatkan iman, ia perlu dibajai dengan 5 perkara ❤ YAKIN ❤ IKHLAS ❤ MENGERJAKAN AMALAN SUNAT ❤ ISTIQAMAH ❤ DISPLIN MENGERJAKAN IBADAH ❤
12↪Ingat & zikir kepada Allah swt sebanyak mungkin kerana ia mengubati penyakit jasmani & hati. Dapat mencetuskan keyenangan hidup & qanaah.
13↪Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam. Khusyuk secara batin adalah khusyuk orang pilihan di sisi Allah swt.
14↪Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil & benar menerusi amal yang benar & taat kepada al-haq tanpa berbelah bagi.
15↪Perlu sentiasa memohon perlindungan Allah swt. Perlu sabar dengan serangan syaitan kerana Allah swt hendak menguji keteguhan sabar & melihat ketulenan jihad kita. Perang dengan syaitan adalah lebih hebat daripada perang sabil.
16↪Sebesar-besar kebaikan adalah mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17↪ Hati adalah raja dalam diri. Lurus & betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan pasukan kebatilan.
18↪ Istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan & menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19↪Sebesar-besar kesenangan di dunia & akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain & melupakan terus kesalahannya. Allah pasti meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20↪Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah silap di siang hari.
21↪Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan ❤ kurangkan tidur ❤ kurangkan makan ❤ kurangkan bercakap ❤ berpada-pada dengan rezeki yang ada.
22↪Kamu seorang manusia yang dijadikan dari tanah & kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
23↪Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah & menghidupkannya maka dia memperoleh banyak kebaikan.
24↪Allah menjanjikan kepada orang yang beriman mereka akan ditinggikan darjat & diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah swt.
Bersambung......................
No comments:
Post a Comment