Bergelar seorang usahawan memang takkan lari daripada menempuh duri-duri di sepanjang laluan. Lagi-lagi yang bergelar usahawan baru, startup, atau apa saja gelaran yang diberi. Orang baru, dugaannya baru. Orang lama, lain pula cabarannya.
Satu cabaran paling biasa tapi paling berbisa yang jika tak ditangani dengan betul mampu buat bisnes anda terganggu gugat ialah bila berdepan situasi berkaitan motivasi. Ia sebenarnya berkait rapat dengan emosi.
Nak tahu serba ringkas bagaimana untuk menaikkan semula motivasi diri demi bisnes anda?
Jom lihat!
1) Recharge Istighfar 1000x, Selawat 1000x setiap hari, sedekah harian, zakat harian.
Ya, ini wajib andai tidak mahu Bahtera kehidupan kita karam dan tenggelam di bumi Allah nie di untaian zamrud khatulistiwa ini.
Peniaga juga Perlu Recharge Jika Tak Mahu Tenggelam. Rutin harian ini umpama "Safety Belt" dalam harung arus kehidupan.
2) Terima takdir dengan lapang dada
Ya, bunyi macam clichΓ© tapi anda kena belajar untuk terima dan lepaskan sesuatu peristiwa lalu atau pengalaman yang kurang menyenangkan. Tak ada siapa yang tak kena landa badai cabaran.
Jadi, belajar untuk terima dengan tenang, relaks, bernafas dengan perlahan dan sempurna, dan lepaskan apa yang terbuku. Learn to accept and let go. Ini permulaan utama yang perlu anda buat.
3) Jauhkan diri daripada suasana kerja dan komputer
Minda dan emosi anda perlukan rehat. Jadi, tolak ke tepi dahulu sebentar komputer, handphone, buku-buku tunai, cek dan lain-lain yang berkaitan.
Asingkan diri sebentar. Beri ruang pada minda dan diri untuk bernafas. Seeloknya, berwuduk, solat dan berdoa pada Tuhan.
4) Buat senaman ringan
Kembalikan aliran darah yang lancar pada tubuh anda. Hirup udara segar pagi dan bersenam. Ringkas atau sekejap pun tak apa, asalkan anda keluarkan peluh dan kembalikan hormon gembira dalam tubuh anda. Bersenam boleh buat anda gembira? Jika kena caranya, ya.
5) Bercuti
Paling seronok, jauhkan diri dari kesibukan kota sebentar. Pergilah bercuti beberapa hari untuk menyegarkan minda. Anda perlukannya untuk merangka idea baru dan membina kembali bisnes anda. Pilih tempat yang paling anda suka. Dekat atau jauh bukan persoalan.
6) Fokus pada satu matlamat utama
Fokuskan kembali minda anda pada matlamat utama anda memulakan bisnes dahulu. Kenapa? Kenapa berbisnes? Kembalikan keghairahan berbisnes dalam diri. Semarakkan balik api itu.
Jangan serabut dengan banyak-banyak matlamat. Pilih satu, dan bina semula bisnes anda berdasarkan itu. Ringkasnya, mudah dibaca, tapi barangkali sukar untuk dilaksana. Tapi, apa salahnya bukan?
Cuba lah, jika anda rasa down berniaga, kecewa dengan permainan pasaran, sebenarnya anda hanya perlukan ruang rehat sebentar untuk bertenang dan berfikir dengan baik. Kembalikan motivasi dalam diri supaya bisnes anda tak sia-sia.
Selamat berjuang demi perniagaan dan kehidupan anda – Recharge!
Semoga bermanfaat.
π
Love. Peace. Harmony
Dapat sesuatu?
Niatkan terlebih dahulu,
"ππππππ πππ ππππππππππ ππππ πππ ππππππ πππππ πππππ"
____________________✍️
#SebarkanKebaikan
#WakafIlmu
.
.
.
π Nak DafTaR baRu/PerbaHarui siJil SsM, siJil MoF, siJil CIdB, inSurAn, rOadTaX dlll (pM adMin ye π₯°).
✔ Anda sibuk ??
✔ Tiada masa untuk queue lama??
✔ Malas nak serabut??
✔ Nak cepat, segera, pantas??
✔ ComBo jiMat MasA & jiMat MinYak π€π€
Jom kami bantu π
Boleh terus klik ni ye ππ
π² https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
π² https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
π² https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
.
.
.
π Nak belajar mengaji secara one-to-one secara 'private'. Tak sempat nak mengajar anak mengaji. Nak mengaji tetapi tidak tahu di mana nak mula...
Jom kami bantu π₯°π₯°π₯°
Terus klik link untuk dapatkan butiran lanjut πΉ
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
.
.
.
*" One Stop Solutions For All "*
No comments:
Post a Comment