Anda mungkin seperti berikut sebelum ini...
- Gagal dan gagal lagi dalam setiap percubaan mendapatkan wang dalam kehidupan anda.
- Kehilangan wang setiap kali anda cuba untuk mencari wang tambahan.
- Ada banyak hutang yang susah nak bayar.
- Tidak melakukan sesuatu terhadap peluang yang ada sehingga kini.
- Dan anda boleh mengubah situasi di atas dengan mengetahui rahsia ini.
Rahsia No.1
Ia dipanggil sebagai memori selular. Ia adalah memori yang berada di sel di dalam badan. Setiap sel dalam badan kita sebenarnya mempunyai memori tersendiri. Memori ini menyimpan maklumat berkaitan dengan pengalaman masa lalu yang mana boleh jadi positif atau negatif.
Sebab Mengapa Anda Masih Tersangkut dan Tidak Boleh Pergi Jauh
Masalahnya ialah jika sel memutuskan untuk menyimpan memori daripada pengalaman negatif, ia akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini yang biasanya menjadi halangan.
Ini adalah sebab mengapa anda masih tersangkut. Jika anda tidak boleh mendapatkan wang lebih (tidak kira berapa susah dan banyak anda berusaha), ia adalah kerana memori anda telah membentuk halangan dalam minda bawah sedar yang menghalang anda untuk menarik rezeki dan kekayaan.
Apabila ia berlaku, hasilnya adalah perasaan negatif yang mengakibatkan kegagalan.
Adakah ini yang anda alami ketika mencari peluang dan kekayaan?
Adakah anda mula berfikir mungkin ini adalah takdir sedangkan anda boleh mengubah situasi hidup anda menjadi lebih baik?
Baiklah! Berita baik adalah anda BOLEH mendapatkan wang yang banyak, Dengan izinNya. Dan bukan menyalahkan takdir.
Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk format semula memori dalam minda bawah sedar anda, jadi tiada halangan bagi anda untuk menarik wang dan kekayaan.
Apabila ini berlaku, jalan untuk menarik impian anda akan terbuka luas.
Jadi, persoalannya adalah Bagaimana nak format semula memori di minda bawah sedar?
Jawapannya mudah sahaja tetapi boleh jadi sangat sukar jika anda tidak tahu formula yang tepat.
Rahsia No.2
Rahsia kedua ini adalah untuk format semula memori selular dalam minda bawah sedar anda.
Untuk memulakannya, anda mesti tahu apakah dia memori. Memori adalah maklumat daripada pengalaman masa lalu yang disimpan. Apabila anda menghadapi halangan dalam kehidupan anda yang berkaitan dengan wang, memori selular dalam minda bawah sedar anda akan mendapatkan data daripada situasi negatif pada masa lalu.
Barangkali pada suatu ketika dahulu ada situasi yang telah diserap dalam minda anda seperti anda tidak boleh jadi kaya atau anda miskin atau wang adalah sumber kejahatan dan lain-lain lagi.
Mungkin ada banyak lagi situasi yang anda hadapi sebelum ini dan telah direkod oleh memori dalam minda anda yang menghalang anda untuk menarik wang dan kekayaan.


No comments:
Post a Comment