Sunday, November 08, 2020

SYARAH AL-HIKAM : BAB 1 • HIKMAH 1 • ANTARA TANDA BERGANTUNG KEPADA AMAL


Kata-kata Ulama' ; 
" Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah awt akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui ".

Mafhum hikmah
• Awasi diri daripada bergantung kepada redha Allah swt & balasan yang dijanjikan.
• Bergantunglah kepada rahmat Allah swt & kemuliaannya.
• Semakin besar harapan apabila dihiasi dengan amalan taat mampu mengelak diri dari perbuatan maksiat.

Iktibar hikmah
Golongan manusia terbahagi kepada 2 iaitu :
1) 'Arifin yg muwahhidin (tauhid) 
     - bergantung kepada Allah swt.
2) Jahil & lalai
     - bergantung kepada selain Allah swt.

Sheikh Ahmad Zarruq mengatakan manusia dibahagikan kepada 3 golongan :-
1) Bergantung kepada AMALAN
     • maqam AL ISLAM
2) Bergantung kepada kelebihan ALLAH
     • maqam AL IMAN
3) Bergantung kepada PENDAHULUAN & 
     HUKUM
     • maqam AL IHSAN

Ahli Tahkik mengatakan, "Siapa yang sampai kepada hakikat ISLAM nescaya tiada mampu berpisah dengan AMALAN.  Sesiapa yang sampai kepada hakikat IMAN nescaya tiada mampu berpaling kepada AMAL. Dan sesiapa yang sampai kepada hakikat IHSAN nescaya tiada mampu berpaling kepada yang lain selain Allah swt".

PEMBAHAGIAN AMALAN

Sheikh Ibn 'Ajibah membahagikan amalan kepada 3 iaitu :-
1) Amalan Syariat : Beribadah yang zahir anggota seperti TAUBAT, TAQWA, ISTIQAMAH.
2) Amalan Tarikat : Qasad iaitu tujuan kepada Allah swt seperti IKHLAS, THOMAKNINAH, SIDIQ.
3) Amalan Hakikat : Menyaksikan Allah swt (sir) seperti MURAQABAH, MUSYAHADAH, MAKRIFAT.

Doa Rabiatul Adawiyah, " Wahai Tuhanku, aku tidak menyembahMu ketika beribadah kepadaMu kerana inginkan syurgaMu dan bukan kerana takut api nerakaMu, akan tetapi aku tahu kerana Engkau Tuhanku yang berhak aku beribadah maka aku sembahMu".

Nota : Rabi'ah binti Ismail al Adawiah, Ummu al Khair merupakan seorang wanita solehah yang masyhur daripada penduduk Basrah dan dilahirkan di sana.  Antara perkataannya ialah; "Sembunyikan kebaikanmu sepertimana kamu sembunyikan keburukanmu".  Belia meninggal dunia pada tahun 135H di Quds dan kuburnya terletak di sebelah Timur Bait Al Maqdis di puncak bukig Thur.

#islamituindah
#syarahalhikam
#rizqlegacy
#ftrbyrizqlegacy
.
.
.
🍀  Nak DafTaR baRu/PerbaHarui siJil SsM, siJil MoF, siJil CIdB, inSurAn, rOadTaX dlll (pM adMin ye 🥰). 

✔ Anda sibuk ??
✔ Tiada masa untuk queue lama??
✔ Malas nak serabut??
✔ Nak cepat, segera, pantas??
✔ ComBo jiMat MasA & jiMat MinYak 🤑🤑 

Jom kami bantu 😊 

Boleh terus klik ni ye 👇👇 

📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
.
.
🍀  Nak belajar mengaji secara one-to-one secara 'private'. Tak sempat nak mengajar anak mengaji. Nak mengaji tetapi tidak tahu di mana nak mula...

Jom kami bantu 🥰🥰🥰

Terus klik link untuk dapatkan butiran lanjut 🌹

✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
.
.
.

*" One Stop Solutions For All "*

Anda mungkin meminati artikel ini : Berita Besar

No comments:

Post a Comment

DOA Al Habib Ali Bin Muhammad Al Habshi

  richgold69 Ya ALLAH..... Jadikanlah aku salah seorang yang Engkau jaga dalam setiap peringkat perjalanannya, Janganlah dosa-dosa yang bur...